Wednesday, March 24, 2010

Kelas di Langkawi 5&6 Mac dan di Bangi 12 Mac


Salam Semua
Ini saja gambar yang sempat saya ambil di kelas saya di Bangi dan Langkawi tempoh hari.  Kelas di Bangi di hadiri oleh Puan Suria dari Sg Merab dan Puan Yati dari Johor.  Walaupun saya tahu beliau agak letih memandu dari Johor Bahru bersama anak-anaknya, Puan Yati  yang peramah dan suka mengusik ni betul-betul telah menceriakan kami pada hari itu.  Puan Suria walaupun pendiam tetapi cekap dengan kerja yang dilakukan dan sentiasa tersenyum dengan usikan kami.

Kelas di Langkawi telah diadakan sebanyak 2 sessi tapi sayangnya ini sahaja gambar yang sempat kami ambil memandangkan masa yang suntuk untuk kami habiskan semua module kerana  kelas ini berkonsep workshop dan kami perlu mengejar masa dengan cuaca yang panas di sana. Ada yang lewat kerana feri dari Kuala Perlis delay tapi Alhamdulillah semua pelajaran dapat di habiskan sebelum petang itu.
Terima kasih kepada semua pelajar yang hadir!

No comments:

Post a Comment